Pertandingan e-Sukan @ NADI Padang Besar Selatan (ML BANG BANG)
24 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2025, telah berlangsung Pertandingan e-Sukan @ NADI Padang Besar Selatan (ML BANG BANG). Pertandingan ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 06:00 petang. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang perlawanan ini berlangsung, terdapat 2 kumpulan yang telah menyertai perlawanan iaitu Kumpulan Todak dan Kumpulan ASTRAL Peserta terdiri daripada pelajar yang berumur 18 tahun ke bawah. Peserta bermain permainan Mobile Legends Bang Bang dengan pengawasan Marshall dan kesemua peserta juga telah menggunakan strategi masing-masing bagi memenangi perlawanan.
Dengan adanya pertandingan seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: